Saturday, February 26, 2011

HARI VALENTINE...


Yeah! Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi detik 14 Februari bakal muncul dan ianya pasti dinanti-nantikan oleh seluruh pasangan kekasih di seantero dunia untuk meraikannya. Walaupun hari valentine disambut oleh penganut agama kristian katolik, tetapi kini dilihat hari valentine ini juga turut diraikan oleh pelbagai penganut agama yang lain.



Tadi pagi sewaktu selesai kelas industrial relation, aku pun singgahla ke library UiTM Kedah untuk lepak2 sebelum ke kelas business law memandangkan ada gap 1 jam. Sambil lepak2 dalam library UiTM Kedah tu, aku pun selak2la akhbar The Star untuk baca isu2 yang terkini. Nak la jugak tau mengenai apa yang dah berlaku kat dunia sekarang ni memandangkan sebelum ni ada orang yang kata aku ni katak dibawah tempurung, HUHU.



Apa yang aku rasa menarik untuk dikongsi mengenai apa yang aku baca dalam akhbar tersebut dengan hangpa semua ialah pendapat beberapa orang yang berpengaruh di Malaysia mengenai soal sambutan hari valentine ini. Orang2 tersebut ialah Azmin Ali, Karpal Singh dan Datuk Ustazah Siti Nur Bahyah.



Azmin Ali yang merupakan naib presiden Parti Keadilan Rakyat membuat kenyataan bahawa orang islam dibolehkan untuk meraikan hari valentine tetapi ianya haruslah diraikan tanpa melampaui batas. Bagi pendapat peribadi aku, sebagai umat Islam, Azmin Ali tidak sepatutnya mengeluarkan pendapat yang sedemikian dan beliau harus sedar dengan kenyataan yang telah dibuat olehnya memandangkan kenyataan tersebut jelas dapat memesongkan akidah umat islam yang lain memandangkan Majlis Ulama Malaysia secara terang terangan telah mengeluarkan fatwa melarang umat Islam untuk meraikan hari valentine.



Seterusnya Karpal Singh yang merupakan peguam termashur di Malaysia serta pengerusi parti DAP telah mengherdik Pemuda PAS yang mana dalam kenyataan beliau, beliau menyifatkan Pemuda PAS sebagai annoying disebabkan Pemuda PAS melarang aktiviti2 hari valentine serta tahun baru disambut oleh umat Islam di Malaysia. Bagi pendapat aku secara peribadinya, Karpal Singh jelas tidak menghormati agama2 lain di Malaysia. Sepatutnya Karpal Singh tidak boleh mencampuri segala urusan yang melibatkan umat Islam. Karpal Singh juga seperlunya tidak layak untuk menghalang tindakan2 yang dilakukan oleh pertubuhan Islam di Malaysia terhadap umat Islam kerana Malaysia adalah sebuah negara Islam.



Dan yang terakhir ialah Datuk Ustazah Siti Nur Bahyah iaitu penceramah bebas yang popular di Malaysia. Dalam kenyataan Ustazah Bahyah, beliau melarang umat Islam menyambut hari valentine kerana ia merupakan budaya kristian yang boleh membawa ke arah maksiat dan dosa. Kenyataan beliau ini telah mengundang amarah daripada Persatuan Kristian Malaysia yang mana mereka mendakwa bahawa hanya kristian katolik sahaja yang meraikan hari valentine manakala penganut kristian prostestan pula tidak meraikan hari valentine. Dakwa mereka lagi, kenyataan Ustazah Bahyah itu seakan menunjukkan bahawa seluruh penganut kristian meraikan hari tersebut serta mengamalkan budaya maksiat. Pihak TV9 telah memohon maaf di atas ketidaksengajaan Ustazah Bahyah kepada penganut2 kristian memandangkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ustazah Bahyah itu dalam sebuah rancangan di TV9. Pada pendapat aku, tidak kira siapa sekali pun, sebelum kita mengeluarkan apa bentuk ucapan kita, kita seharusnya fikir dahulu apa impak terhadap ucapan kita tersebut kerana sebagai rakyat Malaysia yang hidup dalam pelbagai bangsa, agama, budaya dan bahasa, sudah tentulah pelbagai sensiviti yang harus dijaga dan dipelihara.



Akhir kata, kepada penganut2 agama Islam yang membaca blog aku ini, tolonglah jangan meraikan hari valentine kerana ia jelas bertentangan dengan agama Islam. Jika hangpa nak meraikan kekasih hangpa, kenapa perlu tunggu tanggal 14 februari? Kenapa hangpa tak raikan kekasih hangpa untuk ulangtahun tarikh hangpa berpacaran or berkahwin? Jadi, sila jangan terlalu taksub dengan budaya orang lain sehinggakan budaya sendiri dibiarkan mati begitu saja.

1 comment:

  1. BODAWK TU APE? TAK FAHAM LA BAHASA BUDAK2 SEKARANG NI. ADEHH...

    ReplyDelete