Friday, March 18, 2011

Gadis Melampau Terima Padah!!!

Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata...

Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki...." nasihat orang tua itu. Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?" Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat. "Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda i tu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi. Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian.

Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri.... Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh
menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.

Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan mempersendakan atau ejekan.

Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.... Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan mene ntukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodohitu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu. Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini.

Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah swt. Taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yan g benar dan kekuatan agar sentiasa dapat menjaga lidah kita~~

BY: MUHAMAD NAZMI

HAHAHAHAHA~``````~

cerita lawak orang tua


Seorang orang tua sedang duduk di kerusi di sebuah taman bunga sambil menikmati udara petang..
Tiba-tiba seorang anak muda bergaya punk duduk di sebelah si atok tersebut…
Rambut anak muda itu dicat kuning dan hijau, sementara rambut-rambut yang berdiri dicat jingga dan ungu. Di sekeliling matanya diwarnakan hitam.
Orang tua itu lama menatap si punk tersebut…
Merasa terganggu dengan tatapan orang tua itu.. pemuda punk itu bertanya..
“Eh, pakcik.. kenapa tenung saya macam tu..?
apakah dulu waktu muda pakcik tidak pernah buat kerja yang gila-gila?”
Setelah menarik nafas panjang… orang tua itu menjawab.. “Tentu saja pernah. Dulu aku pernah mabuk teruk.. dan ketika mabuk itulah aku merogol seekor burung kakatua. jadi sekarang ini aku keliru… jangan-jangan kamu adalah anakku




certa lawak org muda


Seorang pemuda hensome yang sedang mabuk, berjemur dipantai tanpa pakaian menutup tubuhnya. Ketika dia melihat seorang anak gadis kecil lebih kurang berumur 7 tahun berjalan melintasinya, Dengan pantas dia menutup bahagian tubuhnya yang tertentu dengan buku yang sedang di bacanya. Kerana hairan, anak gadis kecil itu berkata, "Abang, apa abang tutup dengan buku tu?" tanya gadis kecil sambil menunjuk ke arah buku. Kerana malu, pemuda itu menjawab, "Ah tidak ada apa-apa. ini hanya seekor burung pipit". Seekor burung pipit?" tanya gadis itu kebingungan. "Betul, hanya seekor burung pipit," jawab pemuda lebih tegas. Setelah gadis kecil itu pergi berlalu,si pemuda kembali membaca buku sambil meneguk minuman kerasnya. Tak lama kemudian, si pemuda tertidur. Ketika terbangun, dia berada di hospital dan merasa sakit yang amat sangat. Seorang polis menanyainya, "Apa yang terjadi?" "Saya tidak tahu.Saya sedang berjemur di pantai, lalu ada gadis kecil bertanya sebentar dan tidak lama setelah dia pergi saya tertidur dan kini tiba- tiba berada di sini. Polis itu pergi ke pantai mencari gadis kecil dan bertanya, "Apa yang kamu lakukan terhadap lelaki yang sedang berjemur itu tadi?" Gadis kecil itu menjawab, "Saya tidak melakukan apa-apa terhadap abang tu pon. Cuma waktu dia tidur, saya main dengan burung pipitnya. Tapi tidak lama kemudian, burung itu meludahi muka saya. Karena itu saya patahkan leher dan paruhnya, saya pecahkan telur-telurnya & saya bakar sarangnya!

Thursday, March 17, 2011

"Tsunami Di Jepun Telah Ditetapkan Didalam Al-Quran.,.,"

1. Tarikh yg berlaku adalah pada 11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432.
2. so dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.
3. Jawapanya Jujuz ke 14 Quran.
4. Dan bulan 4.
Rahsia angka tahun ini : Jujuz 14 Ayat Quran ke 4.
Rujuk di Quran.
1. Jujuz 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke 4 dari surah AL Hijir menyatakan
"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya".
2. Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan
Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)
so dlm 1432, 14 dh di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret
no adalah 3.
di ambil pula lokasi latititude dan longitude.
3+6+1+3+8 = 21
so next 2+1 = 3
proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun.
Dan di dalam jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah
Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53
makan 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30
so next 3+0 = 3.
*proved wilayah yang tuhan maksudkan dgn angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun.
3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6 msa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia.. gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun..
so 1+4+4+6 =15
so next 1+5 = 6
*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku.
4. Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka
angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam
minggu itu. so angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.
5. Lihat.. betapa benarnya ayat al quran. segala yang di nyatakan tetap berlaku. walaupun suduh berabad kitab
Quran di turunkan.
6. Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun.. Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman.
7. Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. namun sekadar ini pun telah
membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran. dan segala yang di ungkapkan di dalamnya

Saturday, February 26, 2011

Kenangan Dulu,,,

Depa dua owg nie la team takraw aq time skOla rndah dlu....aq jady KILLER msa tu...best OOO...awex rmai usha kami 3owg..cegar gyla!!!ni time kami msOk final lawan dgn sk bndar baru perda...kami klh ngan depa ceme r...tapy puaih aty cOz dpt gak jady naib jOhan...:D

HARI VALENTINE...


Yeah! Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi detik 14 Februari bakal muncul dan ianya pasti dinanti-nantikan oleh seluruh pasangan kekasih di seantero dunia untuk meraikannya. Walaupun hari valentine disambut oleh penganut agama kristian katolik, tetapi kini dilihat hari valentine ini juga turut diraikan oleh pelbagai penganut agama yang lain.



Tadi pagi sewaktu selesai kelas industrial relation, aku pun singgahla ke library UiTM Kedah untuk lepak2 sebelum ke kelas business law memandangkan ada gap 1 jam. Sambil lepak2 dalam library UiTM Kedah tu, aku pun selak2la akhbar The Star untuk baca isu2 yang terkini. Nak la jugak tau mengenai apa yang dah berlaku kat dunia sekarang ni memandangkan sebelum ni ada orang yang kata aku ni katak dibawah tempurung, HUHU.



Apa yang aku rasa menarik untuk dikongsi mengenai apa yang aku baca dalam akhbar tersebut dengan hangpa semua ialah pendapat beberapa orang yang berpengaruh di Malaysia mengenai soal sambutan hari valentine ini. Orang2 tersebut ialah Azmin Ali, Karpal Singh dan Datuk Ustazah Siti Nur Bahyah.



Azmin Ali yang merupakan naib presiden Parti Keadilan Rakyat membuat kenyataan bahawa orang islam dibolehkan untuk meraikan hari valentine tetapi ianya haruslah diraikan tanpa melampaui batas. Bagi pendapat peribadi aku, sebagai umat Islam, Azmin Ali tidak sepatutnya mengeluarkan pendapat yang sedemikian dan beliau harus sedar dengan kenyataan yang telah dibuat olehnya memandangkan kenyataan tersebut jelas dapat memesongkan akidah umat islam yang lain memandangkan Majlis Ulama Malaysia secara terang terangan telah mengeluarkan fatwa melarang umat Islam untuk meraikan hari valentine.



Seterusnya Karpal Singh yang merupakan peguam termashur di Malaysia serta pengerusi parti DAP telah mengherdik Pemuda PAS yang mana dalam kenyataan beliau, beliau menyifatkan Pemuda PAS sebagai annoying disebabkan Pemuda PAS melarang aktiviti2 hari valentine serta tahun baru disambut oleh umat Islam di Malaysia. Bagi pendapat aku secara peribadinya, Karpal Singh jelas tidak menghormati agama2 lain di Malaysia. Sepatutnya Karpal Singh tidak boleh mencampuri segala urusan yang melibatkan umat Islam. Karpal Singh juga seperlunya tidak layak untuk menghalang tindakan2 yang dilakukan oleh pertubuhan Islam di Malaysia terhadap umat Islam kerana Malaysia adalah sebuah negara Islam.



Dan yang terakhir ialah Datuk Ustazah Siti Nur Bahyah iaitu penceramah bebas yang popular di Malaysia. Dalam kenyataan Ustazah Bahyah, beliau melarang umat Islam menyambut hari valentine kerana ia merupakan budaya kristian yang boleh membawa ke arah maksiat dan dosa. Kenyataan beliau ini telah mengundang amarah daripada Persatuan Kristian Malaysia yang mana mereka mendakwa bahawa hanya kristian katolik sahaja yang meraikan hari valentine manakala penganut kristian prostestan pula tidak meraikan hari valentine. Dakwa mereka lagi, kenyataan Ustazah Bahyah itu seakan menunjukkan bahawa seluruh penganut kristian meraikan hari tersebut serta mengamalkan budaya maksiat. Pihak TV9 telah memohon maaf di atas ketidaksengajaan Ustazah Bahyah kepada penganut2 kristian memandangkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ustazah Bahyah itu dalam sebuah rancangan di TV9. Pada pendapat aku, tidak kira siapa sekali pun, sebelum kita mengeluarkan apa bentuk ucapan kita, kita seharusnya fikir dahulu apa impak terhadap ucapan kita tersebut kerana sebagai rakyat Malaysia yang hidup dalam pelbagai bangsa, agama, budaya dan bahasa, sudah tentulah pelbagai sensiviti yang harus dijaga dan dipelihara.



Akhir kata, kepada penganut2 agama Islam yang membaca blog aku ini, tolonglah jangan meraikan hari valentine kerana ia jelas bertentangan dengan agama Islam. Jika hangpa nak meraikan kekasih hangpa, kenapa perlu tunggu tanggal 14 februari? Kenapa hangpa tak raikan kekasih hangpa untuk ulangtahun tarikh hangpa berpacaran or berkahwin? Jadi, sila jangan terlalu taksub dengan budaya orang lain sehinggakan budaya sendiri dibiarkan mati begitu saja.